Thursday, December 30

Fotografi

SEJARAH FOTOGRAFI


Gambar foto (normalnya disingkatkan menjadi foto) ialah imej yang tercipta oleh cahaya yang jatuh pada permukaan peka cahaya, biasanya filem fotografii atau pengimej elektronik seperti peranti caj terganding (CCD) atau cip semikonduktor oksida logam pelengkap (CMOS). Kebanyakan gambar foto dicipta oleh kamera yang menggunakan kanta untuk memfokus panjang gelombang cahaya tampak daripada sesuatu pemandangan demi membuat salinan yang dapat dilihat dengan mata manusia. Proses dan amalan untuk mencipta gambar foto dikenali sebagai fotografi. Perkataan "fotograf" dicipta oleh Sir John Herschel pada 1839, berdasarkan perkataan Greekφώς (phos), "cahaya" + γραφίς (graphis), "stilus", "kuas" atau γραφή (graphê), "perlambangan menerusi garis" atau "lukisan", dan bersama-sama membawa pengertian "melukis dengan cahaya".



Gambar foto kekal yang pertama dicipta pada 1825 olah pereka Perancis, Joseph Nicéphore Niépce, yang mendasarkan rekaannya pada penemuan Johann Heinrich Schultz (1724), iaitu campuran perak dan kapur menjadi gelap apabila didedahkan pada cahaya. Niépce dan Louis Daguerre kemudian menghalusi proses itu, dengan Daguerre menemui pula bahawa pendedahan perak pada wap iodin lebih dahulu sebelum mendedahkannya pada cahaya lalu pada wasap raksa selepas gambar foto diambil dapat membentuk imej pendam. Merendam plat ke dalam rendaman garam menetapkan imej dan menghasilkan dagereotaip yang termasyhur.
Bagaimanapun, dagereotaip itu mempunyai masalah tersendiri, khususnya kerapuhan gambarnya, selain daripada fakta bahawa ia merupakan hanya proses positif dan oleh itu, tidak dapat dicetak semula. Justera, pereka yang lain mencari-cari proses yang lebih baik. Sebilangan proses diperkenalkan dan digunakan buat tempoh yang singkat antara pengenalan imej pertama Niépce dan pengenalan proses kolodion pada 1858.
Negatif plat kaca basah berasaskan kolodion dengan cetak pada kertas albumen menjadi kaedah fotografi yang diutamakan buat seberapa waktu, termasuk juga selepas pengenalan proses gelatin yang lebih praktis pada 1871. Proses gelatin tersesuai masih merupakan proses fotografi hitam putih yang utama pada hari ini, dan berbeza hanya dari segi bahan filem yang digunakan. (Pada asalnya, kaca digunakan, disusuli oleh berbagai-bagai filem boleh lentur.)
Fotografi warna adalah hampir sama lama dengan fotografi hitam putih. Uji kaji yang terawal dibuat oleh John Herschel, dengan Antotaip digunakan sejak 1842 dan plat Lippmann sejak1891. Bagaimanapun, fotografi warna menjadi jauh lebih popular selepas pengenalan Autochrome Lumière pada 1903, digantikan kemudian dengan KodachromeIlfochrome, dan proses-proses yang serupa. Selama banyak tahun, proses-proses tersebut hampir hanya digunakan untuk bahan lut sinar (untuk projektor slaid dan peranti yang serupa), tetapi cetak warna kemudian menjadi popular dengan pengenalan negatif kromogen yang merupakan sistem yang paling banyak digunakan dalam proses C-41. Keperluan industri filem juga memperkenalkan berbagai-bagai sistem tujuan khas, dengan yang paling terkenal merupakan Technicolor yang kini jarang digunakan.

Kenangan Zaman Kanak-kanak

Saya teringat zaman saya masa kecil-kecil dulu, banyak sangat kenangan yang saya masih ingat. Kadang kala, saya terasa seperti ingin kembali ke zaman kanak-kanak. Saya ialah anak pertama daripada 3 beradik dan saya sangat rapat dengan arwah Abah saya sebelum Mak dan Abah bercerai. Setiap pagi Abah akan bawa saya ke sebuah kedai untuk membeli sarapan. Kadang- kadang kami makan di kedai tersebut. Saya sudah lupa umur saya ketika itu. Abah akan memesan milo panas untk saya. Abah akan mengisi air Milo itu ke dalam piring dan meminta saya minum melalui piring tersebut. Kata Abah, kalau minum dari gelas, air tu lebih panas dan susah untuk minum nanti. Jadi lebih mudah jika saya minum melalui piring. Arwah Abah seorang pegawai tentera. Jadi Abah selalu bawa saya pergi ke pejabatnya. Satu tabiat Abah yang saya masih ingat, Abah suka mengambil gambar. Ketika itu, Abah cuma menggunakan kamera Kodak (menggunakan filem). Masih banyak gambar-gambar saya yang Abah ambil, yang masih dalm simpanan saya. Sebak mula terasa saat saya menulis di blog ini. Rindu pada Abah tak pernah terubat...


Masa kecil- kecil dulu, saya sangat gemar gula-gula. Antaranya gula- gula susu White Rabbit. Mak dan Abah selalu membelikan saya dan Adik gula- gula tersebut. Saya sangat sukakan rasa susunya. Tapi sekarang gula-gula ni jarang dijual di kedai- kedai runcit. 
                                                       
Saya memang penggemar makanan ringan. Masa kecil- kecil dulu, Mak selalu marah saya sebab saya tak nak makan nasi sebab selera saya lebih kepada makanan ringan. Sehingga hari ini, saya masih tidak dapat mengawal tabiat makan yang kurang sihat ni. He..He..He..


      
Super Ring dan Twisties antara 'jajan' yang saya masih gemar sampai hari ini. Masa dulu- dulu, kalau nak menonton kartun atau rancangan kegemaran, saya pasti bersedia di depan tv dengan makanan ringan ni.
Sambil baring ketika menonton, makanan ringan ni lah yang menjadi teman saya sehingga akhir rancangan.
Mak selalu juga menahan selera saya pada jajan, sebab saya tidak gemar makan nasi.