Thursday, September 20

Angkuhnya Dia


Kepala ini menerawang mengimbas kembali wajah-wajah yang pernah muncul, cerita-cerita yang tertulis di setiap langkah kaki saya.
Nah! Yang tersirat terasa ingin dikeluarkan dari lubuk persembunyian akal.
Bukan saja artis yang kita patut sibuk untuk tahu.

Guru.
Mendidik adik kakak abang kita. Mak Abah pun diberi pelajaran sejak dari dulu.
Lilin yang bakar diri sendiri bila di metaforakan oleh si pujangga.
Selamat Pagi Cikgu, ucapan kita selama bertahun-tahun.
Cikgu Baik,Cikgu Jahat gelaran dari murid-murid setiap tahun.
Cikgu lama, cikgu baru, cikgu ganti, cikgu praktikal
Masing-masing memberi pelbagai kesan.
Tapi
Orang sekarang cakap Cikgu sekarang tak macam Cikgu dulu.
Bukan saya cakap, tapi ada lah si polan makcik Atok bercerita
tentang kehebatan Si Guru dulu-dulu.
Sekarang,
Gaji Cikgu cukup besar. Cuti pun banyak.
Boleh bawak anak-anak Cikgu melancong. Beli kereta mahal. Beli rumah besar.
Pada saya,
Benda-benda ni banyak mempengaruhi cara hidup dan pemikiran golongan pendidik.
Bermulalah kisah macam-macam.
Murid tak pandai dibiarkan duduk di belakang,depan sikit dari bakul sampah biru.
Jual Amway Cosway Avon di bilik guru. Lagaknya kalah duta produk dengan bibir yang merah menyerlah.
Hidung tinggi pula dengan golongan yang bukan kerjanya mengajar. Senyum tak pernah nak terhias di wajah.
Baguskah? Apa beza Cikgu angkuh ini dengan manusia yang lain? Mungkin kerana keretanya buatan luar negara. Atau mungkin rumahnya punya halaman besar dan banyak bilik.
Tapi saya tahu, tak semua cikgu yang macam ini dan itu.
Masih ada yang ikhlas tegas dan tak pernah putus harap untuk mengajar pelajar hingga titik akhir.
Terima Kasih Cikgu.

Pegawai
Sangat segak bila dirinya dalam uniform.
Yang kacak bertambah kacak. Yang cantik kelihatan sempurna.
Setiap bulan pergi bawa keluarga makan besar.
Hari biasa, ketika di kantor,tiada apa yang perlu difikirkan sangat. Kerja Dato tu nanti-nanti aja disemak balik.
Bukan jurujual untuk bimbangkan jualan yang sekejap naik sekejap turun komisennya
Bukan juga kontraktor memandu jauh, utara selatan mencari projek.
Jugak bukan wartawan surat khabar terkejar ke sana sini mencari dan menyiapkan laporan sebelum deadline.
Datang orang kampung,bonceng motorsikal model lama. Katanya nak minta bantuan. Minta tandatangan untuk surat sokongan kebajikan.
Namun ditoleh ke tempat lain, pura-pura sibuk.
Datang pula orang bersisir rapi, keretanya besar dan mewah.
Cepat-cepat saja dihulurkan tangan berjabat tangan. Cek kuning dihulurkan.
"duit saguhati dari saya sebab tolong saya bulan lepas."
Senyuman lebar terukir.
Saya pasti, masih ada pegawai yang kacak luar dan dalam.
Pegawai yang sentiasa sibuk mencari rakyat yang tak dapat bantuan. Rendah diri bila bersua.
Sampai ke kantor awal pagi, kemudian pulang lewat senja.

Biarlah apa pun kerjanya. Berapa angka pun yang tertera di slip setiap bulan.
Angkuh itu tak patut ada.
Muda atau tua. Kenapa perlu dibezakan darjat? Perlukah berjalan hingga terlanggar bahu orang sebelah tanpa kata maaf? Saya manusia, dia juga. Mereka malah si polan dan si polan. Manusia. Sama, kan?
Tahukah hukumnya?

Gambar Hiasan =)
Dan jangnlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (QS. Luqman: 18)

Tidak akan masuk surga orang yang di dalam hatinya ada sifat sombong walaupun seberat biji sawi.” (HR. Muslim 91) 

Saya cuma berkongsi. Cikgu dan Pegawai sebagai contoh. Sebab watak-watak di atas pernah memberi saya pengajaran tentang sifat  hitam yang satu ini.

Tak rugi kalau berbuat baik sesama makhluk. Tak luak kalau selalu senyum. =)

Tuesday, September 18

Bukan Cinta Muka Buku

Notification di Facebook satu persatu saya buka. Hem..

Facebook..
Facebook..
Facebook..
Keperluan untuk sesetengah individu masa kini. =)
Online tak kira tempat, tak kira masa. Kadang-kadang sampai ada yang nak makan pun nak update status.Hahaha.. Sebenarnya tu semua hak peribadi masing-masing..Kan?

Facebook.
Saya yang selalu sorang-sorang di Melaka ni, banyak menghabiskan masa dengan Facebook ni. Tengok kawan-kawan lama punya page, atau borak-borak kosong..Nak keluar macam malas sebab takde teman. So, bukak laptop, log in & surfing apa-apa website sampai la rasa bosan.
Sambil ditemani Blacks (kucing) dan mengunyah snek, tekan-tekan lah keyboard tu sehinggalah....

Facebook menemukan saya dengan 'Dealova'. Wah! Siapakah Dealova ni?

Bermula dengan beliau menegur saya di ruangan chatting. Lantas kami mula semakin rapat dari hari ke hari.
Tak kenal maka tak cinta, bak kata orang. So, beliau mengajak saya bertemu untuk pada hujung minggu di bulan March. Asalnya macam takut pula sebab yelah, tak pernah jumpa. Entah beliau ok entahkan sebaliknya.
Saya minta izin Mak dan Alhamdulillah, kami bertemu di Melaka. Oh, beza ketinggian kami sangat ketara. Tapi takpe lah! hehehe.. Bila dilihat betul-betul, rias wajahnya tampan juga (ikhlas).
Seharian itu kami berbual tentang diri masing-masing. Cerita itu ini sehingga tak perasan jam sudah hampir
6 petang. Jadi, sebelum beliau pulang ke KL, sempat saya melihat wajahnya dalam-dalam. Satu rasa yang dulu kian hilang dari hati seolah-olah kembali jelas terasa. Apakah?

Kini saya sudah pun menjadi tunangan beliau. =)
Tempoh perkenalan singkat kini sudah menjadi satu hubungan dua keluarga yang sangat istimewa.
Seperti tak percaya beliau orang yang menjadi pilihan saya untuk membimbing saya kelak.
Sesungguhnya Allah itu tahu apa yang terbaik untuk hambaNya =)