Assalamualaikum w.b.t..
Dah lama rasanya saya tak menaip di ruangan blog ni. Sibuk dengan kerja dan aktiviti lain.
Tiba-tiba rasa nak kongsi sikit pasal Solat Jamak & Qasar.
Memandangkan sejak akhir-akhir ni, saya selalu ke luar Melaka untuk menyelesaikan persiapan perkahwinan, so kerap lah bua rukshah solat ni. Dulu kurang yakin nak buat solat Jamak & Qasar ni sebab tak selalu travel. Sekarang, Encik Tunang selalu lah suruh jamakkan solat ketika kami dalam perjalanan ke mana-mana luar Melaka. Lama kelamaan jadi dah biasa amalkan solat Jamak & Qasar ni.
Maksud Solat Jamak & Qasar ni korang boleh baca kat link dibawah:
http://masjidwilayah.gov.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=125:solat-jamak-dan-qasar&catid=55:ilmiah&Itemid=132
Solat itu tiang agama. Solat tu jugak wajib. Jadi, kalau nak jadi insan terbaik, kene jadi muslimah yang terbaik dulu. Kan? Kan? Kan?
Kene beransur dulu. Bos sudah sampai..hehehehe
Langit Itu Sangat Luas
...yang menjadi saksi langkah kaki ini...
Friday, January 11
♥♥ 16 Fakta Menakjubkan Bayi baru lahir ♥♥
♥ Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk
sehinggalah bayi berusia 6 bulan
♥ Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
♥ Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
♥ Empat dari 10 bayi
mempunyai tanda lahir.
♥ Bayi mempunyai deria
bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
♥ Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
♥ Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
♥ Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
♥ Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
♥ Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
♥ Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
♥ Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
♥ Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
♥ Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
♥ Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
♥ Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.
Thursday, September 20
Angkuhnya Dia
Kepala ini menerawang mengimbas kembali wajah-wajah yang pernah muncul, cerita-cerita yang tertulis di setiap langkah kaki saya.
Nah! Yang tersirat terasa ingin dikeluarkan dari lubuk persembunyian akal.
Bukan saja artis yang kita patut sibuk untuk tahu.
Guru.
Mendidik adik kakak abang kita. Mak Abah pun diberi pelajaran sejak dari dulu.
Lilin yang bakar diri sendiri bila di metaforakan oleh si pujangga.
Selamat Pagi Cikgu, ucapan kita selama bertahun-tahun.
Cikgu Baik,Cikgu Jahat gelaran dari murid-murid setiap tahun.
Cikgu lama, cikgu baru, cikgu ganti, cikgu praktikal
Masing-masing memberi pelbagai kesan.
Tapi
Orang sekarang cakap Cikgu sekarang tak macam Cikgu dulu.
Bukan saya cakap, tapi ada lah si polan makcik Atok bercerita
tentang kehebatan Si Guru dulu-dulu.
Sekarang,
Gaji Cikgu cukup besar. Cuti pun banyak.
Boleh bawak anak-anak Cikgu melancong. Beli kereta mahal. Beli rumah besar.
Pada saya,
Benda-benda ni banyak mempengaruhi cara hidup dan pemikiran golongan pendidik.
Bermulalah kisah macam-macam.
Murid tak pandai dibiarkan duduk di belakang,depan sikit dari bakul sampah biru.
Jual Amway Cosway Avon di bilik guru. Lagaknya kalah duta produk dengan bibir yang merah menyerlah.
Hidung tinggi pula dengan golongan yang bukan kerjanya mengajar. Senyum tak pernah nak terhias di wajah.
Baguskah? Apa beza Cikgu angkuh ini dengan manusia yang lain? Mungkin kerana keretanya buatan luar negara. Atau mungkin rumahnya punya halaman besar dan banyak bilik.
Tapi saya tahu, tak semua cikgu yang macam ini dan itu.
Masih ada yang ikhlas tegas dan tak pernah putus harap untuk mengajar pelajar hingga titik akhir.
Terima Kasih Cikgu.
Pegawai
Sangat segak bila dirinya dalam uniform.
Yang kacak bertambah kacak. Yang cantik kelihatan sempurna.
Setiap bulan pergi bawa keluarga makan besar.

Hari biasa, ketika di kantor,tiada apa yang perlu difikirkan sangat. Kerja Dato tu nanti-nanti aja disemak balik.
Bukan jurujual untuk bimbangkan jualan yang sekejap naik sekejap turun komisennya
Bukan juga kontraktor memandu jauh, utara selatan mencari projek.
Jugak bukan wartawan surat khabar terkejar ke sana sini mencari dan menyiapkan laporan sebelum deadline.
Datang orang kampung,bonceng motorsikal model lama. Katanya nak minta bantuan. Minta tandatangan untuk surat sokongan kebajikan.
Namun ditoleh ke tempat lain, pura-pura sibuk.
Datang pula orang bersisir rapi, keretanya besar dan mewah.
Cepat-cepat saja dihulurkan tangan berjabat tangan. Cek kuning dihulurkan.
"duit saguhati dari saya sebab tolong saya bulan lepas."
Senyuman lebar terukir.
Saya pasti, masih ada pegawai yang kacak luar dan dalam.
Pegawai yang sentiasa sibuk mencari rakyat yang tak dapat bantuan. Rendah diri bila bersua.
Sampai ke kantor awal pagi, kemudian pulang lewat senja.
Biarlah apa pun kerjanya. Berapa angka pun yang tertera di slip setiap bulan.
Angkuh itu tak patut ada.
Muda atau tua. Kenapa perlu dibezakan darjat? Perlukah berjalan hingga terlanggar bahu orang sebelah tanpa kata maaf? Saya manusia, dia juga. Mereka malah si polan dan si polan. Manusia. Sama, kan?
Tahukah hukumnya?
![]() |
| Gambar Hiasan =) |
“Dan jangnlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (QS. Luqman: 18)
“Tidak akan masuk surga orang yang di dalam hatinya ada sifat sombong walaupun seberat biji sawi.” (HR. Muslim 91)
Saya cuma berkongsi. Cikgu dan Pegawai sebagai contoh. Sebab watak-watak di atas pernah memberi saya pengajaran tentang sifat hitam yang satu ini.
Tak rugi kalau berbuat baik sesama makhluk. Tak luak kalau selalu senyum. =)
Tuesday, September 18
Bukan Cinta Muka Buku
Notification di Facebook satu persatu saya buka. Hem..
Facebook..
Facebook..
Facebook..
Keperluan untuk sesetengah individu masa kini. =)
Online tak kira tempat, tak kira masa. Kadang-kadang sampai ada yang nak makan pun nak update status.Hahaha.. Sebenarnya tu semua hak peribadi masing-masing..Kan?
Facebook.
Saya yang selalu sorang-sorang di Melaka ni, banyak menghabiskan masa dengan Facebook ni. Tengok kawan-kawan lama punya page, atau borak-borak kosong..Nak keluar macam malas sebab takde teman. So, bukak laptop, log in & surfing apa-apa website sampai la rasa bosan.
Sambil ditemani Blacks (kucing) dan mengunyah snek, tekan-tekan lah keyboard tu sehinggalah....
Facebook menemukan saya dengan 'Dealova'. Wah! Siapakah Dealova ni?
Bermula dengan beliau menegur saya di ruangan chatting. Lantas kami mula semakin rapat dari hari ke hari.
Tak kenal maka tak cinta, bak kata orang. So, beliau mengajak saya bertemu untuk pada hujung minggu di bulan March. Asalnya macam takut pula sebab yelah, tak pernah jumpa. Entah beliau ok entahkan sebaliknya.
Saya minta izin Mak dan Alhamdulillah, kami bertemu di Melaka. Oh, beza ketinggian kami sangat ketara. Tapi takpe lah! hehehe.. Bila dilihat betul-betul, rias wajahnya tampan juga (ikhlas).
Seharian itu kami berbual tentang diri masing-masing. Cerita itu ini sehingga tak perasan jam sudah hampir
6 petang. Jadi, sebelum beliau pulang ke KL, sempat saya melihat wajahnya dalam-dalam. Satu rasa yang dulu kian hilang dari hati seolah-olah kembali jelas terasa. Apakah?
Kini saya sudah pun menjadi tunangan beliau. =)
Tempoh perkenalan singkat kini sudah menjadi satu hubungan dua keluarga yang sangat istimewa.
Seperti tak percaya beliau orang yang menjadi pilihan saya untuk membimbing saya kelak.
Sesungguhnya Allah itu tahu apa yang terbaik untuk hambaNya =)

Sunday, June 17
Selepas Hujan Reda
Lama sangat saya tidak tarikan jemari- jemari di ruang ini. Menaip dengan niat berkongsi sesuatu yang asalnya dari hati kecil ni.
Dalam masa setahun, macam-macam kejadian menimpa. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Nya, saya kini bertukar imej. Dari seorang perempuan yang tidak menutup rambut kini sudah berhijab. Jujurnya, bukan mudah untuk betul-betul berubah. Tapi berkat doa semua orang dan usaha sendiri, hati ini terbuka perlahan-lahan untuk menjadi semakin dekat denganNya.
Tanggal 1 Ramadhan itu menjadi hari pertama saya bekerja dengan tudung di kepala.
Saat kaki melangkah ke dalam pejabat, semua mata memandang saya. Gulp! Entah kenapa rasa berdebar bila mata membalas renungan click-click yang ada di dalam ofis ketika itu. Kemudian dalam beberapa minit selepas itu debaran itu kian hilang. Saya rasa kembali selesa.
Disebabkan saya seorang pegawai khidmat pelanggan sebuah syarikat telekomunikasi, saya agak dikenali oleh penduduk di sekitar itu. Soalan-soalan kurang senang mula diajukan kepada saya.
" Dah nak kawin ke pakai tudung tu?," kata si A.
" Aiyak, u nampak tak cantik lah pakai macam ni!", kata si B.
" Haih, orang sana tu dah pakai tudung. Berapa kali Jumaat je lagi tuh?", kata si C.
Apa pun mereka nak kata, saya diam dan cuma memberi senyuman. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri saja. Hati pada mulanya ada rasa sedikit rasa kurang enak tapi bak kata Emak, mulut orang mana mungkin dapat kita tutup. Saya akui kesabaran saya diuji dengan pelbagai sindiran dari orang sekeliling tapi hati sejuk kembali dengan kata- kata dorongan dari teman-teman baik dan keluarga.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, saya kekal bertudung sehingga hari ini. Kerap kali juga diuiji hati ini untuk membuka semula tudung dikepala. Lagi-lagi bila ditawarkan banyak job dari syarikat periklanan dan production house. Tapi paling rasa terkesan dalam hidup saya bila saya menghadiri temuduga kerja yang menjanjikan gaji yang agak lumayan. Saya diterima bekerja disebuah syarikat penerbangan. Tapi diminta membuka hijjab bila mula bekerja. Alhamdulillah, saya dapat membuat pertimbangan waras (bagi saya) dengan melepaskan kerjaya tersebut atas alasan pegangan yang saya telah tetapkan. AGAMA . =)
Rasanya cukup setakat ini, untuk entri kali ini. Setelah lama berdiam, saya akan kembali lagi selepas entri hari ini.
Hujan diluar yang tadi lebat kini makin reda. Sama dengan hati saya. Rasa udara selepas hujan menyentuh deria bau saya. Begitu juga hati saya pada saat ini.
Sejuk dan nyaman..
=)

Thursday, May 19
Hukum Makan Ketam Batu?
Baru- baru ini, bos saya sangat la bermurah hati nak belanja saya dan staff lain makan seafood. Jadi beliau memilih lokasi untuk melepak sambil mengenyangkan perut di Kampung Portugis, Ujong Pasir Melaka.
Selepas siap makan, dalam perjalanan pulang, saya menumpang Kak Moon, bersama Kak Ina. Kami berbual kosong seperti biasa. Sehinggalah Kak Moon membangkitkan isu ketam yang kami makan tadi. Rupanya ketam yang saya makan tadi adalah sejenis ketam batu. Saya tak pernah ambil tahu ikan dari jenis apa or ketam apa yang saya makan selama ni. Saya cuma tahu ia sedap atau tidak.Hahaha...Jadi, saya ada terbaca tentang hukum ketam batu di blog-blog dan forum agama. Kebanyakan mereka berpendapat sama seperti yang tertera di bawah.
http://idhamlim.blogspot.com
Hukum Makan Ketam Batu/ketam nipah
23 Jamadil Awal 1431H.
http://soaljawab.wordpress.com/
Apakah hukum memakan ketam batu? Haram atau makruh?
jawapan:
Apa yg ditanya adalah perihal binatang 2 alam. Setakat pencarian saya, tidak terdapat sebarang dalil yang khusus mengatakan binatang 2 alam itu haram di makan. Persoalannya, bagaimana pula hukum ini boleh keluar apatah lagi ia merupakan qaul yg masyhur dalam mazhab syafi’e sepertimana dinukilkan oleh kitab2 an-Nawawi; Imam Rafi’iy dan al-Ghazali. Pendapat ini juga dipegang oleh mazhab Hanbali.
Mereka yg mengatakan binatang 2 alam ni haram di makan berdasarkan hadis berikut:
Dr Abdur rahman ibn Utsman menerangkan, “Dihadapan Rasulullah saw seorang tabib memeperagakan semacam ubat dan dia menyebutkan tentang hal katak yg dimasukkan ke dalam ubat itu. Rasulullah saw melarang kita membunuh katak itu.”[HR Ahmad, Abu Daud dan An-Nasa’I]
Hukum ke atas katak ini, kemudian diqiaskan kpd yg hidup sepertimana katak.
Sabdanya lagi, “Airnya,(iaitu laut) menyucikan dan halal bangkainya.”
Hadis di atas merujuk kpd hidupan laut. Adapun binatang 2 alam ini tidak termasuk dalam keterangan di atas kerana mereka juga hidup di darat. Maka berdasarkan firman Allah di bawah, mereka membuat kesimpulan bahawa 2 alam itu haram di makan.
“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai,…..”[5:3]
Di samping itu terdapat juga beberapa hadis yg menjelaskan ayat di atas iaitu:
Rasulullah saw bersabda, “Dihalalkan utk kita 2 jenis bangkai dan dua jenis darah; ikan dan belalang, hati dan limpa.”
Ulama’ mengqiaskan ikan itu kpd segala jenis hidupan laut yg hanya tinggal di dalam laut/air. Oleh itu, binatang 2 alam tidak termasuk.
Walaupun begitu, perlu kita ketahui bahawa dalam Islam, Bahawa asal setiap sesuatu ciptaan Allah adalah harus. Ia tidak diharamkan melainkan jika ada nash yang sahih lagi sharih (jelas/tegas) dari syari’ yang mengharamkannya. Jika di sana tidak ada nash yang sahih – seperti ada nash tetapi dengan hadis dha’if – atau nash berkenaan sahih tetapi tidak sharih dalam menunjukkan keharamannya, maka hal ini akan kekal atas sifat asalnya sebagai hal yang diharuskan.
Daripada Abi Darda’, Rasulullah saw bersabda, “Apa yang Allah halalkan di dalam KitabNya, maka ia adalah halal. Dan, apa yang Allah haramkan, maka ia adalah haram. Manakala apa yang didiamkan olehNya, maka ia adalah dimaafkan. Oleh itu, terimalah kemaafan dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan lupa sedikitpun.” Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca ayat: “Dan Tuhanmu tidak pelupa.”(Maryam: 64) (HR Al-Hakim, dan dia mensahihkannya dan dikeluarkan oleh al-Bazzar, dia berkata: Sanad yang baik).
Maka, berdasarkan dalil yg dipakai oleh mereka yg mengatakan binatang 2 alam itu haram, kita dapati tidak terdapat satupun yg khusus menunjukkan ke arah keharamannya. Dalil yg paling hampir ialah mengenai katak. Tetapi berdasarkan kaedah yg telah diutarakan, kalau kita menerima hadis ini menunjukkan keharaman, keharaman itu hanyalah ditujukan kepada katak. Mengqiaskannya kpd semua yg hidup 2 alam itu tidak tepat. Sekiranya kita menerima pendpt haramnya binatang 2 alam, mengapa pula kita boleh memakan ketam/kerang yg pada biasanya dijual di pasar2 dalam keadaan hidup. Bukankah itu membutikan binatang ini mampu hidup di atas darat?
Pendapat yg kuat ialah secara umumnya, binatang 2 alam itu halal. Dia didiamkan syara’. Hanya saja kita perlu ingat, bahawa Islam juga ada menggariskan satu lagi kaedah dalam mengenal pasti halal atau haramnya sesuatu binatang itu, iaitu berdasarkan kpd firman Allah swt:
“Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan karena sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu.” (al-Baqarah: 168)
“Katakanlah! Aku tidak menemukan tentang sesuatu yang telah diwahyukan kepadaku soal makanan yang diharamkan untuk dimakan, melainkan bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi; karena sesungguhnya dia itu kotor (rijs), atau binatang yang disembelih bukan karena Allah. Maka barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih.” (al-An’am: 145)
Dari ayat di atas, illat kpd keharaman bangkai, darah yg megalir, babi adalah kotor(bolded). Berdasarkan illat ini, kita boleh mengqiaskannya kpd apa2 binatang yg mempunyai illat yg sama dgnnya iaitu kotor. Sebagai cth, sekiranya kita melihat sesuatu binatang itu sememangnya kotor dari segi gaya hidup dan seumpamanya, maka ia menjadi haram. Walaupun begitu, kita perlu ingat, kadang2 uruf dari satu tempat ke satu yg lain itu berlainan. Mungkin pada masyarakat m’sia, binatang itu menjijikkan, ttp pada masyarakat China tidak pula.
Maka, kesimpulannya, setiap apa yg dinyatakan dalam nas yg mengatakan ianya haram, itulah haram. Yg tidak dikatakan haram, maka ia didiamkan syara’. Namun Islam menitikberatkan kebersihan. Tinggalkanlah sesuatu perkara yg dianggap pada dirinya jijik dan kotor. Ttp jgn pula kita menjadi pelik jika ada org yg memakannya di negara lain.Wallahuaklam
Rujukan
Fiqh & Perundangan Islam
Dr Wahbah al-Zuhaily
Koleksi Hadis2 Hukum
TM Hasbi
Al-Halal wal-Haram fi Islam
Dr Yusuf al-Qaradhawi
al-ahkam

23 Jamadil Awal 1431H.http://soaljawab.wordpress.com/

Thursday, December 30
Fotografi
SEJARAH FOTOGRAFI
Gambar foto (normalnya disingkatkan menjadi foto) ialah imej yang tercipta oleh cahaya yang jatuh pada permukaan peka cahaya, biasanya filem fotografii atau pengimej elektronik seperti peranti caj terganding (CCD) atau cip semikonduktor oksida logam pelengkap (CMOS). Kebanyakan gambar foto dicipta oleh kamera yang menggunakan kanta untuk memfokus panjang gelombang cahaya tampak daripada sesuatu pemandangan demi membuat salinan yang dapat dilihat dengan mata manusia. Proses dan amalan untuk mencipta gambar foto dikenali sebagai fotografi. Perkataan "fotograf" dicipta oleh Sir John Herschel pada 1839, berdasarkan perkataan Greek, φώς (phos), "cahaya" + γραφίς (graphis), "stilus", "kuas" atau γραφή (graphê), "perlambangan menerusi garis" atau "lukisan", dan bersama-sama membawa pengertian "melukis dengan cahaya".

Gambar foto kekal yang pertama dicipta pada 1825 olah pereka Perancis, Joseph Nicéphore Niépce, yang mendasarkan rekaannya pada penemuan Johann Heinrich Schultz (1724), iaitu campuran perak dan kapur menjadi gelap apabila didedahkan pada cahaya. Niépce dan Louis Daguerre kemudian menghalusi proses itu, dengan Daguerre menemui pula bahawa pendedahan perak pada wap iodin lebih dahulu sebelum mendedahkannya pada cahaya lalu pada wasap raksa selepas gambar foto diambil dapat membentuk imej pendam. Merendam plat ke dalam rendaman garam menetapkan imej dan menghasilkan dagereotaip yang termasyhur.
Bagaimanapun, dagereotaip itu mempunyai masalah tersendiri, khususnya kerapuhan gambarnya, selain daripada fakta bahawa ia merupakan hanya proses positif dan oleh itu, tidak dapat dicetak semula. Justera, pereka yang lain mencari-cari proses yang lebih baik. Sebilangan proses diperkenalkan dan digunakan buat tempoh yang singkat antara pengenalan imej pertama Niépce dan pengenalan proses kolodion pada 1858.
Negatif plat kaca basah berasaskan kolodion dengan cetak pada kertas albumen menjadi kaedah fotografi yang diutamakan buat seberapa waktu, termasuk juga selepas pengenalan proses gelatin yang lebih praktis pada 1871. Proses gelatin tersesuai masih merupakan proses fotografi hitam putih yang utama pada hari ini, dan berbeza hanya dari segi bahan filem yang digunakan. (Pada asalnya, kaca digunakan, disusuli oleh berbagai-bagai filem boleh lentur.)
Fotografi warna adalah hampir sama lama dengan fotografi hitam putih. Uji kaji yang terawal dibuat oleh John Herschel, dengan Antotaip digunakan sejak 1842 dan plat Lippmann sejak1891. Bagaimanapun, fotografi warna menjadi jauh lebih popular selepas pengenalan Autochrome Lumière pada 1903, digantikan kemudian dengan Kodachrome, Ilfochrome, dan proses-proses yang serupa. Selama banyak tahun, proses-proses tersebut hampir hanya digunakan untuk bahan lut sinar (untuk projektor slaid dan peranti yang serupa), tetapi cetak warna kemudian menjadi popular dengan pengenalan negatif kromogen yang merupakan sistem yang paling banyak digunakan dalam proses C-41. Keperluan industri filem juga memperkenalkan berbagai-bagai sistem tujuan khas, dengan yang paling terkenal merupakan Technicolor yang kini jarang digunakan.
Kenangan Zaman Kanak-kanak
Saya teringat zaman saya masa kecil-kecil dulu, banyak sangat kenangan yang saya masih ingat. Kadang kala, saya terasa seperti ingin kembali ke zaman kanak-kanak. Saya ialah anak pertama daripada 3 beradik dan saya sangat rapat dengan arwah Abah saya sebelum Mak dan Abah bercerai. Setiap pagi Abah akan bawa saya ke sebuah kedai untuk membeli sarapan. Kadang- kadang kami makan di kedai tersebut. Saya sudah lupa umur saya ketika itu. Abah akan memesan milo panas untk saya. Abah akan mengisi air Milo itu ke dalam piring dan meminta saya minum melalui piring tersebut. Kata Abah, kalau minum dari gelas, air tu lebih panas dan susah untuk minum nanti. Jadi lebih mudah jika saya minum melalui piring. Arwah Abah seorang pegawai tentera. Jadi Abah selalu bawa saya pergi ke pejabatnya. Satu tabiat Abah yang saya masih ingat, Abah suka mengambil gambar. Ketika itu, Abah cuma menggunakan kamera Kodak (menggunakan filem). Masih banyak gambar-gambar saya yang Abah ambil, yang masih dalm simpanan saya. Sebak mula terasa saat saya menulis di blog ini. Rindu pada Abah tak pernah terubat...
Masa kecil- kecil dulu, saya sangat gemar gula-gula. Antaranya gula- gula susu White Rabbit. Mak dan Abah selalu membelikan saya dan Adik gula- gula tersebut. Saya sangat sukakan rasa susunya. Tapi sekarang gula-gula ni jarang dijual di kedai- kedai runcit.
Saya memang penggemar makanan ringan. Masa kecil- kecil dulu, Mak selalu marah saya sebab saya tak nak makan nasi sebab selera saya lebih kepada makanan ringan. Sehingga hari ini, saya masih tidak dapat mengawal tabiat makan yang kurang sihat ni. He..He..He..

Super Ring dan Twisties antara 'jajan' yang saya masih gemar sampai hari ini. Masa dulu- dulu, kalau nak menonton kartun atau rancangan kegemaran, saya pasti bersedia di depan tv dengan makanan ringan ni.
Sambil baring ketika menonton, makanan ringan ni lah yang menjadi teman saya sehingga akhir rancangan.
Mak selalu juga menahan selera saya pada jajan, sebab saya tidak gemar makan nasi.