Lama sangat saya tidak tarikan jemari- jemari di ruang ini. Menaip dengan niat berkongsi sesuatu yang asalnya dari hati kecil ni.
Dalam masa setahun, macam-macam kejadian menimpa. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Nya, saya kini bertukar imej. Dari seorang perempuan yang tidak menutup rambut kini sudah berhijab. Jujurnya, bukan mudah untuk betul-betul berubah. Tapi berkat doa semua orang dan usaha sendiri, hati ini terbuka perlahan-lahan untuk menjadi semakin dekat denganNya.
Tanggal 1 Ramadhan itu menjadi hari pertama saya bekerja dengan tudung di kepala.
Saat kaki melangkah ke dalam pejabat, semua mata memandang saya. Gulp! Entah kenapa rasa berdebar bila mata membalas renungan click-click yang ada di dalam ofis ketika itu. Kemudian dalam beberapa minit selepas itu debaran itu kian hilang. Saya rasa kembali selesa.
Disebabkan saya seorang pegawai khidmat pelanggan sebuah syarikat telekomunikasi, saya agak dikenali oleh penduduk di sekitar itu. Soalan-soalan kurang senang mula diajukan kepada saya.
" Dah nak kawin ke pakai tudung tu?," kata si A.
" Aiyak, u nampak tak cantik lah pakai macam ni!", kata si B.
" Haih, orang sana tu dah pakai tudung. Berapa kali Jumaat je lagi tuh?", kata si C.
Apa pun mereka nak kata, saya diam dan cuma memberi senyuman. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri saja. Hati pada mulanya ada rasa sedikit rasa kurang enak tapi bak kata Emak, mulut orang mana mungkin dapat kita tutup. Saya akui kesabaran saya diuji dengan pelbagai sindiran dari orang sekeliling tapi hati sejuk kembali dengan kata- kata dorongan dari teman-teman baik dan keluarga.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, saya kekal bertudung sehingga hari ini. Kerap kali juga diuiji hati ini untuk membuka semula tudung dikepala. Lagi-lagi bila ditawarkan banyak job dari syarikat periklanan dan production house. Tapi paling rasa terkesan dalam hidup saya bila saya menghadiri temuduga kerja yang menjanjikan gaji yang agak lumayan. Saya diterima bekerja disebuah syarikat penerbangan. Tapi diminta membuka hijjab bila mula bekerja. Alhamdulillah, saya dapat membuat pertimbangan waras (bagi saya) dengan melepaskan kerjaya tersebut atas alasan pegangan yang saya telah tetapkan. AGAMA . =)
Rasanya cukup setakat ini, untuk entri kali ini. Setelah lama berdiam, saya akan kembali lagi selepas entri hari ini.
Hujan diluar yang tadi lebat kini makin reda. Sama dengan hati saya. Rasa udara selepas hujan menyentuh deria bau saya. Begitu juga hati saya pada saat ini.
Sejuk dan nyaman..
=)
No comments:
Post a Comment